THE REAL ME OF 2010

THE REAL ME OF 2010
Seorang aktivis Kajian Sosial, mempunyai semangat yang jitu untuk memartabatkan Kajian Sosial

Monday, December 21, 2009

nak jadi pendekar






tergelak juga nampaknyer dengar title kat atas..nak jadi pendekar..haha...pasni tiap malam mahu meneruskan kegiatan martial arts sebab aku rasa aku bertanggung jawab untuk belajar SILAT....never minds jika nothing,boleh gain something..untuk improve diri aku jugak..kalu dulu taekwando aku tak larat...n masalah kekangan masa memang cemburu aku..Tapi aku rasa aku boleh buat...dua jam latihan ,tak lama..

pas aku baca artikel sal silat aku nak share artikel tu kat sini: take a look ya!

GARIS PANDUAN SILAT

MENURUT ISLAM







1. TUJUAN



1.1. Garis panduan ini disediakan untuk dijadikan panduan kepada umat Islam khususnya mereka yang terlibat dengan amalan seni mempertahankan diri tradisional (silat) supaya terhindar dari amalan yang bertentangan dengan akidah dan syariat Islam yang sebenar.





2. PENDAHULUAN



2.1. Islam amat menitikberatkan soal-soal akidah dan syariah. Segala amalan dan kepercayaan yang tidak berdasarkan kepada sumber-sumber asal Al-Quran, Hadis, Ijmak dan Qias adalah ditolak. Kepercayaan-kepercayaan dan amalan-amalan tertentu dalam masyarakat Islam di Malaysia sedikit sebanyak ada hubungkaitnya dengan pengaruh fahaman Anamisme, Dinamisme, Hindu, Buddha dan Syiah (Ghulu) yang sebahagiannya telah menjadi darah daging kepada pengamal suci mempertahankan diri tradisional (silat). Oleh itu gari panduan ini perlu dijadikan asas dan panduan supaya dapat mengelakkan diri dari terjerumus ke dalam penyelewengan akidah dan syariat Islam. Allah berfirman dalam surah Yunus, ayat 106:


ولا تدع من دون الله ما لا ينفعك ولا يضرك فان فعلت فانك اذا من الظالمين

(سورة يونس : 106)



Bermaksud:



“Dan janganlah kamu menyembah apa-apa yang tidak memberi manfaat dan tidak (pula) memberi mudharat kepadamu selain Allah; sebab jika kamu berbuat (yang demikian) itu, maka sesungguhnya kamu termasuk orang-orang yang zalim”.





2.2. Dalam sejarah Islam memang wujud pahlawan-pahlawan yang tekemuka di kalangan para sahabat Rasulullah s.a.w. Mereka telah berjuang menentang Musyrikin Quraisy dan penentang-penentang ajaran Islam dari kalangan Munafikin. Antara sahabat berkenaan ialah Saidina Ali, Khalid Ibnu Walid, Amru b. As-As, Abu Ubaidah b. Al-Jarrah, Saad b. Abi Waqas dan lain-lain lagi. Di dalam Al-Quran didapati banyak ayat-ayat yang menunjukkan bahawa perlunya umat Islam mempersiapkan diri dan kelengkapan senjata serta kemudahan-kemudahan yang perlu untuk mempertahankan agama, diri dan negara. Antaranya ayat 61 surah Al-Anfaal:



وان جنحوا للسلم فاجنح لها وتوكل على الله انه هو السميع العليم

(الانفال : 61)



Bermaksud:



“Dan jika mereka (pihak musuh) cenderung kepada perdamaian, maka engkau juga hendaklah cenderung kepadanya serta bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Ia Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui”.





2.3. Di dalam ilmu persilatan terdapat beberapa syarat yang perlu dipatuhi sama ada ketika hendak masuk silat, setelah masuk atau selepas tamat dan diijazahkan. Di antara syarat-syarat tersebut:



(a) menyediakan pengeras seperti pulut kuning, limau purut, kain putih, bayaran pengeras dan sebagainya.



(b) mandi dengan air mandian tertentu sebagai lambang membersihkan segala kekotoran zahir dan batin.



(c) tidak boleh meninggalkan sembahyang.



(d) Tidak boleh banyak bertanya ketika guru sedang mengajar atau mempersoalkan sebarang tindakan guru.



(e) Melakukan gerak silat membuka atau menutup gelanggang setiap kali memula atau menamatkan latihan silat.



2.4. Guru memainkan peranan penting di dalam menyampaikan sesuatu ilmu bagi menjamin kesahihan dan kesempurnaan ilmu tersebut. Di dalam ilmu persilatan, guru adalah lambang kesempurnaan.



2.5. Sesuatu seni mempertahankan diri tradisional (silat) itu perlulah didasarkan kepada garis pandua berikut bagi mengenalpasti ianya terhindar dari perkara-perkara yang bercanggah dengan syariat Islam:





(a) Asal Usul Silat



(b) Syarat-Syarat Silat



(c) Guru Silat



(d) Ikrar Sumpah dan Taat Setia



(e) Pantang Larang



(f) Adab



(g) Gerak Langkah



(h) Amalan Dalam Silat



(i) Pengijazahkan



(j) Matlamat Silat





3. GARIS PANDUAN SILAT DAN SENI MEMPERTAHANKAN DIRI



3.1. Asal-Usul Silat



3.1.1. Demi menjaga kesucian akidah Islam, beberapa perkara perlu diambil perhatian iaitu setiap individu atau kumpulan tidak boleh mendakwa bahawa:



(a) Silat mereka bersumber dari Nabi Muhammad s.a.w. para anbia atau diambil dari Al-Quran dan Hadis atau berasal dari amalan para sahabat Nabi s.a.w.



(b) Teknik atau pergerakan persilatannya berasal dari ibadat-ibadat tertentu seperti rukun-rukun sembahyang.



(c) Seni silat mereka bersumberkan mimpi bertemu Rasulullah s.a.w. atau para anbia yang lain atau para sahabat serta ulama.











3.2. Syarat-syarat Silat



3.2.1. Bagi mempastikan syarat-syarat di dalam ilmu persilatan tidak bercanggah dengan ajaran Islam maka:



(a) Semua perkara yang wajib dilakukan atau ditinggalkan oleh seorang Islam, yang mukallaf tidak boleh dijadikan syarat di dalam silat seperti sembahyang, puasa, jangan durhaka kepada ibubapa, sehingga mendatangkan anggapan bahawa perkara wajib tersebut menjadi wajib hanya apabila dijadikan syarat.



(b) Tidak boleh mengaitkan sesuatu pengeras dengan suatu akibat yang dipercayai boleh merosakkan pegangan akidah.



(c) Tidak boleh percaya kepada sial seperti mandi membuang sial atau mandi-mandi tertentu yang dikaitkan dengan persilatan.



(d) Tidak boleh melakukan gerak silat atau bacaan tertentu yang mengandungi unsur-unsur meminta izin atau bantuan dari kuasa-kuasa makhluk “ghaib” dalam acara “gerak membuka atau menutup gelanggang”, “’ayat kebal” atau “pukulan angin maut” atau sembelih ayam dalam gelanggang.



(e) Tidak boleh mentaati guru atau seseorang pada perkara-perkara yang jelas bercanggah dengan akidah dan syariat Islam.



(f) Sebarang syarat yang bertentangan dengan akidah, syariah dan akhlak Islam.





3.3. Guru Silat



3.3.1. Guru silat yang beragama Islam hendaklah bukan terdiri daripada:





(a) mereka yang melakukan perkara-perkara syirik, sama ada melalui perkataan, perbuatan atau iktikad.



(b) mereka yang melakukan maksiat/jenayah dan yang bertentangan dengan moral.



(c) pemecah belah masyarakat.



(d) Mereka yang mentafsir ajaran agama Islam mengikut hawa nafsu.





3.3.2. Jika seseorang guru silat hendak melibatkan diri dalam hal agama hendaklah mengetahui asas-asas agama Islam sama ada fardhu ain atau fardhu kifayah seperti rukun Islam, rukun Iman, cara mengerjakan sembahyang dan sebagainya.



3.3.3. Guru silat dilarang memasukkan atau menggunakan unsur-unsur yang bercanggah dengan Islam seperti sihir dan ilmu kebal di dalam ilmu persilatan.





3.4. Ikrar Sumpah Dan Taat Setia



3.4.1. Sumpah tidak dibolehkan sebaliknya hanya ikrar.



3.4.2. Murid-murid tidak boleh taat secara membuat tuli kepada guru. Mereka hendaklah mengikut perintah guru selama tidak bercanggah dengan perintah Allah.



3.4.3. Sumpah tidak boleh digunakan kepada perkara-perkara yang telahpun diwajibkan di dalam Islam seperti bersumpah akan taat kepada ibubapa, bersumpah akan taat kepada Allah dan Rasul dan sebagainya.



3.4.4. Bacaan-bacaan, amalan dan ikrar yang terdapat di dalam sumpah hendaklah mengandungi perkara-perkara yang tidak bercanggah dengan akidah dan syariat Islam seperti memuja dewa, atau nama berhala.



3.4.5. Di dalam upacara sumpah dan bai’ah sama ada dari segi fizikal atau mental hendaklah tidak mempunyai unsur-unsur yang mensyirikkan Allah dan menjatuhkan maruah seseorang sebagai umat Islam.







3.5. Pantang Larang



3.5.1. Suatu pantang larang hendaklah bukan daripada perkara-perkara yang jelas diwajibkan di dalam Islam seperti tidak meninggalkan sembahyang, jangan berkelahi sesama ahli dan sebagainya.



3.5.2. Suatu pantang larang tidak boleh dikaitkan dengan unsur-unsur pemujaan, meminta izin, perlindungan atau bantuan daripada makhluk-makhluk ghaib seperti larangan berludah kerana ditakuti tidak menjadi.



3.5.3. Tidak boleh memenuhi kehendak pantang larang sehingga melakukan perkara-perkara yang ditegah di dalam Islam seperti meninggalkan tanggungjawab sebagai suami atau isteri dan sebagainya.



3.5.4. Perkara-perkara yang harus dan halal tidak boleh dihukumkan haram.





3.6. Adab



3.6.1. Adab Murid Dengan Guru:



(a) Guru tidak boleh menganggap dirinya yang paling mulia dan tidak pernah bersalah.



(b) Guru hendaklah mengelakkan diri dari dianggap orang yang perlu ditaati secara mutlak.



(c) Guru tidak boleh menganggap orang lain lemah dan lekeh.



(d) Guru hendaklah melarang murid-muridnya memuja, mengagung dan taksub kepadanya.





3.6.2. Adab Sesama Murid Seperguruan:



(a) Seseorang murid tidak boleh memberikan hak secara khusus kepada murid seperguruannya sahaja, seperti memberi ucapan salam, tidak boleh bergaduh sesama ahli dan sebagainya.



(b) Seseorang murid tidak boleh menanam atau mengapi-apikan perasaan bangga diri dan taksub kepada kumpulannya sehingga memandang hina dan negatif kepada orang lain.





3.6.3. Adab Murid Dengan Orang Lain





(a) Seseorang murid tidak boleh mengutamakan guru silat dan murid-murid seperguruannya sehingga mengabaikan hak dan kewajipannya kepada ibubapa, suami, isteri, anak dan ahli keluarga.



(b) Seseorang murit tidak boleh memandang rendah dan hina terhadap orang bukan dari kalangan ahli silatnya.



(c) Seseorang murid yang beragama mesti menjalinkan ikatan persahabatan sama ada sesama ahli atau orang lain.





3.7. Gerak Langkah



(a) Gerak langkah silat tidak boleh dikaitkan dengan zat Allah dan sifat-sifat-Nya atau merupakan maksud di sebalik kalimah atau nama-nama Allah atau sifat-sifatNya.



(b) Gerak langkah silat tidak boleh diertikan sebagai maksud yang tersirat daripada ahli atau jasad Rasulullah s.a.w., para malaikat, nabi-nabi dan orang soleh.



(c) Gerak langkah silat tidak boleh dimaksudkan dengan perkara-perkara yang berkaitan dengan agama Islam atau perlakuan-perlakuan ibadat yang tertentu seperti dua kalimah syahadah dan sembahyang.



3.8. Amalan Dalam Silat



(a) Tidak boleh memuja dan memperhambkan diri kepada sesuatu kuasa atau peribadi yang boleh mendatangkan nasib baik atau buruk kepada seseorang seperti hantu, dewa, keramat, kubur, keris, busut dan sebagainya.



(b) Tidak boleh menggunakan tangkal dan azimat yang mengandungi rajah-rajah atau tulisan-tulisan yang tidak difahami, objek-objek tertentu dan bercampuraduk dengan ayat Al-Quran.



(c) Tidak boleh mengamalkan bacaan-bacaan tertentu yang tidak difahami maknanya dikhuatiri mengandungi kata-kata pemujaan kepada berhala, iblis, syaitan atau nama berhala orang kafir serta bercampur aduk dengan ayat al-Quran.



(d) Tidak boleh meninggalkan ibadat-ibadat wajib yang dituntut di dalam Islam seperti sembahyang lima waktu dan puasa di bulan Ramadan ketika melakukan amalan silat.





3.9. Pengijazahan



(a) Tidak boleh melakukan isyarat sembah atau gerak tubuh yang melambangkan ketundukan yang menyamai atau melebihi ketundukan yang hanya layak kepada Allah sahaja seperti tidak sembah kepada guru.



(b) Tidak boleh melakukan upacara-upacara yang mengandungi unsur-unsur penyembahan, pemujaan, memohon bantuan atau memperhambakan diri kepada kuasa-kuasa atau tenaga-tenaga ghaib seperti mempersembahkan sedulang makanan, menyembelih ayam dan sebagainya.





3.10. Matlamat Silat



(a) Matlamat silat hendaklah matlamat yang baik seperti untuk kesihatan tubuh badan, mendisiplinkan diri, hidup bermasyarakat, untuk mempertahankan diri dari bahaya dan sebagainya.



(b) Matlamat silat tidak boleh:



(i) Untuk membalas dendam, menuntut bela, membuat aniaya, menakut-nakutkan dan mengugut orang lain.

(ii) Untuk menanam sifat berani yang keterlaluan sehingga hilang hormat kepada ibubapa, guru, ahli keluarga dan lain-lain.



(iii) Untuk memupuk sentimen perkauman atau taksub golongan/kumpulan ekstrim agama yang melampau di kalangan ahli.





4. PENUTUP



Dengan mengikut garis panduan ini diharapkan para pengamal silat dan seni mempertahankan diri supaya dapat menghindarkan diri menyimpang daripada ajaran Islam yang benar, agar hidup sentiasa dirahmati Allah S.W.T.











































Jabatan Kemajuan Islam Malaysia,

Kuala Lumpur.

so pas aku baca benda ni banyak kebaikan kat diri aku gak ...lagi satu benda ni benda baru dalam idup aku..benda yang baik..tak salah mencuba...

tak cuba..tak berjaya!

hair band dan tudung....



---contoh tudunng-----




saya nak hair band


sebab nak guna dengan tudung saya a.k.a pengganti telekung

kenapa saya memilih hair band

pertama=mudah nak pakai

kedua=ia sangat kemas

ketiga=macam2 kaler,murah senang nak dipadakan dengan tudung saya

keempat=boleh buat bersukan dan pakai time study pun boleh

so...untuk kelas yang dah nak mula nie. saya memerlukan tudung dan hair band

ada sape nak bagi ke..haha...elok juge tu kalau nak belanja..i wish i dapat...

actually saya nak tudung, nak wat latihan silat..tudung kaler itam..dan hair band untuk dipadankan padanya...

ok tata


nota selipar- bila nak beli masalahnyer

gud bye 2009

2010-yang bakal menjelma is quite challenging...dunno wat makes is challenge for me.But i have plan something for myself..i know i will losing something..apart from that, i dont mind when i losing something,i can gain my life again...so teruk bila tak dapat buat ape yang kita nak..mahu tutup cerita 2009 kerana aku merasakan hidup..pandang ke depan lah....pahit manis 2009,banyak benda yang belajar..kenal manusia,kenal masa,kenal sukan ekspeceli...haha..aku masuk kagum,yang tak penah terlintas nak masuk...akhirnya aku termasuk..haha...kene dedahkan diri dengan benda nih..oke..2010..so many things to do...


part one- pergi amik benda y aku nak amik*insyaallah dapat la berkat y diusahakan
part two- mencari keberkatan dan menambah kematangan sikit..hope dapat la
part three- langsaikan sume benda yang aku tulis dalam planner.tak nak ulang dah sini,benda kat dalam planner tu banyak...aku kene settle satu2...


tiga part nie aku kene settle..aku akan bg hadiah kat diri aku pas langsaikan sume benda nie..and get something new from myself...please i hate when im losing my grip again..its too hurt bila tak dapat langsaikan....bukan langsaikan hutang..setakat nie takde hutang...bebas dr ceti haram..hahaa


my blog..dear blog..is not just blog.aku perlukan tempat untuk aku tulis..semoga tahun yang akan datang umur makin panjang untuk aku ubah segala n jadi makin baik untuk orang sekeliling.....



nota selipar-currently not listening to any song coz dalam sesi berpuasa dari dgr segala lagu...hahahahha

Wednesday, November 18, 2009

Curious aBout Teater NatraH





TEATER :
Natrah
TARIKH & MASA PEMENTASAN :
17-26 November 2009 / 8.30 Malam
TEMPAT :
Panggung Sari, Istana Budaya
PENGARAH :
Erma Fatima
PELAKON :
Maya Karin, Umie Aida, Sofia Jane, Remy Ishak dan Norman Hakim.
Tiket : RM30, RM50, RM70, RM100 & RM150



Pengumuman kepada semua peminat teater..Teater terbaru akan dipentaskan di Istana Budaya..Malangnya aku tak dapat tengok sebab teater ni dipentaskan 30/11/2009..Time ni aku dah takde KL sebab bercuti kat kampung..huhu..Tapi takpe still le tengok perkembangan kat media massa rite? Gunakan teknologi yang ada..huhu..Kalau nak diceritakan kenapa aku minat teater Natrah ni sebab aku dah didedahkan dengan kisah Natrah ni masa aku form 5 masa tengah belajar subjek Sejarah dengan Cikgu Najihah.Thanks cikgu dedahkan aku dengan kisah2 lama yang n sedih pasal Natrah ni.Masa tu aku terfikir gak , baru2 ni aku dapat tahu ada penggiat seni yang akan mempentaskan teater natrah ni..alamak sorry la kalau susunan ayat aku tak betul...hihi..Alhamdulillah Bahasa Melayu akan digunakan sepenuhnye semasa teater ni dipentaskan nanti sebabnyer nak elakkan kontroversi ngn indon..eii apasal la jeles sangat ngan Malaysia..Jadi produksi pun terpaksa la guna BM..Takpe..At least kempen cintai Bahasa Kita Tercapai la jugak bila bahasa kebanggsaan digunakan dalam seni persembahan contohnya..huhu

Kalau nak brief pasal Natrah ni..sebenarnya nama sebenar Natrah ni ialah Bertha Hertogh, seorang wanita keturunan Belanda yang mencetuskan Rusuhan Natrah di Singapura pada 1950 yang berbaur agama dan warna kulit.

Natrah yang dilahirkan di Tijimahi, Jawa, Indonesia telah diserahkan kepada Che Aminah Mohamed ketika berusia lima tahun. Ibu kandungnya Adeline Hunter menyerahkan Natrah kepada Che Aminah tanpa pengetahuan bapanya seorang anggota tentera, Sarjan Adrianus Pertus Hertogh kerana ditawan tentera Jepun pada 1942.

Che Aminah atau Mak Minah pula yang berperanan sebagai penjaga Natrah adalah seorang peniaga kain di Jawa yang berasal dari Kemaman, Terengganu dan membesar dan hidup dalam suasana pendidikan Islam.

Pada 15 Nov 1945, Che Aminah membawa Natrah balik ke Kampung Banggol, Kemaman melalui Singapura atas sebab-sebab keselamatan kerana orang Indonesia ketika itu membenci orang kulit putih yang dianggap bangsa penjajah.

Berlaku perebutan hak penjagaan antara Che Aminah dan ibu bapa Natrah di Belanda. Konflik percintaan antara Natrah dan Mansoor Adabi juga telah menyebabkan berlakunya rusuhan di Singapura...Rusuhan ini terjadi kerana berbaur dengan sentimen agama dan warna kulit. Pada 9 Julai 2009, beliau meninggal dunia pada umur 72 tahun di Huijbergen, Belanda akibat leukemia.

Bercerita pasal teater..Aku memang minat teater cuma kat Malaysia macam tiada sumbangan korporat n anak seni janganlah mengharapkan bayaran yang tinggi kerana bukan wang yang dicari dalam teater yang penting hanyalah kepuasan..based on my research...

Oleh sebab Diana Danielle telah menarik diri,syukur Maya Karin telah dijadikan pengganti bagi melakonkan watak dia sewaktu berusia 13-22 tahun..Tak susah sebenarnya nak cari artis wajah pan asian..Salut kat Maya sebab beliau sanggup menggantikan Diana..Caya lah u Maya ! Aku percaya Maya mampu lakukan yang terbaik sebab beliau dah ada pengalaman beraksi dalam pementasan seperti Bugsy Malone ketika di Bandung, Indonesia pada 1995 serta dua teater Inggeris tempatan, Mahna Mahna (1999) dan In The Mind's Eye.

okey..trimas kepada sesiapa yang sudi baca post i sal teater nih..Majukan teater negara yang semakin dipandang sepi.. ^_^ ..



currently listen to: Balik kampung song

Friday, November 13, 2009

Cinta ku tertinggal di mid valey





hehe.pas abis exam aritu aku g mid ngan mira n edah.well aku nak ikut diorang sebab aku nak beli storage box ngn bayar bil broadband kat situ...dan juge teman edah nak jupe member dia masa kat mrsm dulu..so aku ikut je lah.lepas abis je exam aku lari pecut masuk dalam bilik tukar baju naik cab ke mid.First destination bila sampai, kita orang naik kat GSC g jupe kawan edah..Masa ni ada banyak movie yang baru released..box office tu..hikhik..sedap3..huhu..kan best kalau dungun ada gsc..kalau aku jadi yang berhormat kawasan dungun aku buat gsc satu n pelanggan tetap gsc mestilah aku..gold class lagi..haxhax..


Banyak benda aku buat kat mid..Tengok ragam manusia kl lar...cuci mata..ehem! haha..usha barang..usha punya usha aku tergoda lalu telah membeli beberapa helai baju di jusco..waa..waa.bahaya tau ajak aku masuk jusco..memang payah gile nak kua kalau dah masuk jusco.hihi..aku tak tahu nape..aku suka sangat g mid valey..salah satu sebab sebab sangatlah dekat n banyak barang kot..baju terutamanya.haha.duduk 4 jam pun tak sedar..Duduk KL ni sangat la best sebab ada mid valey.waima kalau aku pindah maktab sekalipun aku tetap akan merindui mid valey...sedap sangat lah..uhuu...



apa planning aku seminggu kat kl ni ek..nak jalan2 ngn kawan aku..ronggeng sampai muntah3..haha...kl i love u !

Tuesday, November 10, 2009

Syakila love supplement


Aku seorang kaki makan supplement..Suka sangat makan supplement..Tapi bagus ke..Masalahnya aku syik tukar2 supplement sesuka hati..Dah berpuluh duit aku dihabiskan untuk beli ubat nih..huhu...

Yang aku tahu aku makan Gingko tak henti2..huhu..Bagus memamng bagus..yang ni aku harus continue sampai tahun depan..Tiap2 bulan2 duit beli gingko..Tapi rasa nak try evening prim rose..Tapi aku rasa macam tak hebat sgt..huhu..ke nak gilir2 sebulan gingko sebulan prim rose..eh tak nak la...just continue dengan gingko tahun depan..pastu kalau rasa nak relax ubat beli blackmore ke..hmm..bgs gak tu...tu jelah pasal ubat nih

Then pasal susu..memandangkan aku rasa aku takut nanti tua2 aku bongkok n tak comel.aku rasa stat umo 2o nie kene minum anlene dah.hok ni akan jadi minuman wajib aku tiap pagi before g kuliah..Then aku nak continue gak dengan oat aku..aku dengan oat sangat tak dapat dipisahkan..Pasal minuman ..tu je lah


Pastu aku rasa aku kene minum madu..Baru otak geliga..haha..Ligat gitu dalam kuliah..Yang ni pas aku usha n try..aku nak continue dengan khel..sebab produk ni madu dengan spirulina..wajib3x


Then jugak..kalau pasal penjagaan kecantikan ke..nantilah aku pikirkan.Masuk umo 20 nie kene grand sikit..haha..Aku nak hargai aku punya umor n badan aku jugak..Juga Otak n perangai n tabiat n tingkah laku kene la jugak ubah..Matang sket...


Bila cakap pasal supplement nie,aku di dedahkan dengan ubat2 nie masa aku kecik2 agi.Time akak n abg aku nak exam,abah aku beli ubat..sebagai sampingan.N bila tiba turn aku pulak..hmm mcm tu jugak..makan ubat..hasilnya alhamdulillah..Usaha dah..kesihatah juga perlulah di jaga..


Disini aku nak buat pengakuan..aku memang addict dengan maggi..sangat tergoda..Tapi aku tak makan kat ipba.Balik umah toksah story la..aku makan je magi kul 12 tengah malam walaupun pada masa tu aku rasa aku tengah JILAT wax kete mak aku n aku tengah KEKAH lilin kat dalam stor...Aku penah makan magi seminggu straight n sampai aku demam 2 minggu.Padan muka ko kila...Padan muka..hahahha..Degil kan~ Abah kata jangan makan magi memandangkan aku ada sakit sendi...Tapi aki degil.makan jugak..N sekarang tak nak dah..huhu..Sebab pe bila g spital..70 hengget kena..Amik ko kila..

Kat sini jugak ingat nak post gambar beberapa botol supplement aku-tapi tak jadi la sebab aku rasa sume ubat aku sangat sulit untuk di publishkan.haha

N now supplement yang baru beli ialah Jus TOk Guru..Sedap . yang ni ada habatus sauda..Sesuai la jugak n melawan penyakit n buat badan aku ada tenaga serta kuat kan minda..hihihihihi...

ok la aku mahukan teruskan perjuangan paper ekonomi ku
bye2
salam jaga kesihatan
mood: like a stone

Wednesday, November 4, 2009

Petang yang selalu ujan





Tiap-tiap petang,ujan.huhu.Maka tak dapat la aku joging..huhu..boringnyer duk dalam bilik ngadap laptop n buku time exam..NAK KELUAR..huhu..petang2 before exam boleh la jugak aku buat lawak dengan kawan2 tapi sekarang dah takde mood nak buat lawak n main macam-macam lagi dengan kawan2 aku..

Ada habit baru la minggu exam nie..aku SELALU lapar bila study..kejap lapar..kejap lapar..nak study je mula ah cari makanan..pastu nak tahu tak?Petang2 ujan woo...pastu aku huyung hayang kat meja study n drama study aku berakhir di katil..TIDAK !!!!!!!!

Bangun la kila oiii..study oiii mak cik..kan nak pointer tinggi...huhuhu..so dikala petang2 yang selalu ujan,maka telah aku snap beberapa gambar untuk tontonan hati aku ketika ribut melanda kawasan lembah pantai..hehehe....

Minggu exam ni gak..aku suka sangat makan sayur,beli semangkuk makan mcm ayam woo..haha...ape2 je lah kila..muahaha...
Powered By Blogger

PeMInat SeTIa...