THE REAL ME OF 2010

THE REAL ME OF 2010
Seorang aktivis Kajian Sosial, mempunyai semangat yang jitu untuk memartabatkan Kajian Sosial

Wednesday, November 18, 2009

Curious aBout Teater NatraH





TEATER :
Natrah
TARIKH & MASA PEMENTASAN :
17-26 November 2009 / 8.30 Malam
TEMPAT :
Panggung Sari, Istana Budaya
PENGARAH :
Erma Fatima
PELAKON :
Maya Karin, Umie Aida, Sofia Jane, Remy Ishak dan Norman Hakim.
Tiket : RM30, RM50, RM70, RM100 & RM150



Pengumuman kepada semua peminat teater..Teater terbaru akan dipentaskan di Istana Budaya..Malangnya aku tak dapat tengok sebab teater ni dipentaskan 30/11/2009..Time ni aku dah takde KL sebab bercuti kat kampung..huhu..Tapi takpe still le tengok perkembangan kat media massa rite? Gunakan teknologi yang ada..huhu..Kalau nak diceritakan kenapa aku minat teater Natrah ni sebab aku dah didedahkan dengan kisah Natrah ni masa aku form 5 masa tengah belajar subjek Sejarah dengan Cikgu Najihah.Thanks cikgu dedahkan aku dengan kisah2 lama yang n sedih pasal Natrah ni.Masa tu aku terfikir gak , baru2 ni aku dapat tahu ada penggiat seni yang akan mempentaskan teater natrah ni..alamak sorry la kalau susunan ayat aku tak betul...hihi..Alhamdulillah Bahasa Melayu akan digunakan sepenuhnye semasa teater ni dipentaskan nanti sebabnyer nak elakkan kontroversi ngn indon..eii apasal la jeles sangat ngan Malaysia..Jadi produksi pun terpaksa la guna BM..Takpe..At least kempen cintai Bahasa Kita Tercapai la jugak bila bahasa kebanggsaan digunakan dalam seni persembahan contohnya..huhu

Kalau nak brief pasal Natrah ni..sebenarnya nama sebenar Natrah ni ialah Bertha Hertogh, seorang wanita keturunan Belanda yang mencetuskan Rusuhan Natrah di Singapura pada 1950 yang berbaur agama dan warna kulit.

Natrah yang dilahirkan di Tijimahi, Jawa, Indonesia telah diserahkan kepada Che Aminah Mohamed ketika berusia lima tahun. Ibu kandungnya Adeline Hunter menyerahkan Natrah kepada Che Aminah tanpa pengetahuan bapanya seorang anggota tentera, Sarjan Adrianus Pertus Hertogh kerana ditawan tentera Jepun pada 1942.

Che Aminah atau Mak Minah pula yang berperanan sebagai penjaga Natrah adalah seorang peniaga kain di Jawa yang berasal dari Kemaman, Terengganu dan membesar dan hidup dalam suasana pendidikan Islam.

Pada 15 Nov 1945, Che Aminah membawa Natrah balik ke Kampung Banggol, Kemaman melalui Singapura atas sebab-sebab keselamatan kerana orang Indonesia ketika itu membenci orang kulit putih yang dianggap bangsa penjajah.

Berlaku perebutan hak penjagaan antara Che Aminah dan ibu bapa Natrah di Belanda. Konflik percintaan antara Natrah dan Mansoor Adabi juga telah menyebabkan berlakunya rusuhan di Singapura...Rusuhan ini terjadi kerana berbaur dengan sentimen agama dan warna kulit. Pada 9 Julai 2009, beliau meninggal dunia pada umur 72 tahun di Huijbergen, Belanda akibat leukemia.

Bercerita pasal teater..Aku memang minat teater cuma kat Malaysia macam tiada sumbangan korporat n anak seni janganlah mengharapkan bayaran yang tinggi kerana bukan wang yang dicari dalam teater yang penting hanyalah kepuasan..based on my research...

Oleh sebab Diana Danielle telah menarik diri,syukur Maya Karin telah dijadikan pengganti bagi melakonkan watak dia sewaktu berusia 13-22 tahun..Tak susah sebenarnya nak cari artis wajah pan asian..Salut kat Maya sebab beliau sanggup menggantikan Diana..Caya lah u Maya ! Aku percaya Maya mampu lakukan yang terbaik sebab beliau dah ada pengalaman beraksi dalam pementasan seperti Bugsy Malone ketika di Bandung, Indonesia pada 1995 serta dua teater Inggeris tempatan, Mahna Mahna (1999) dan In The Mind's Eye.

okey..trimas kepada sesiapa yang sudi baca post i sal teater nih..Majukan teater negara yang semakin dipandang sepi.. ^_^ ..



currently listen to: Balik kampung song

No comments:

Post a Comment

Powered By Blogger

PeMInat SeTIa...