THE REAL ME OF 2010

THE REAL ME OF 2010
Seorang aktivis Kajian Sosial, mempunyai semangat yang jitu untuk memartabatkan Kajian Sosial

Tuesday, January 19, 2010

kesian la kat saya

im so dead...
busy sgt
maybe u all pun busy kot

cik kiah..... em sayang ada benda nk gtaw ni..dr smalamam nak gtaw

en kuali... hah cakap la cepat

cik kiah... kenapa masa mencemburui kita.. ada benda nak cakap..nak luang....time...huhu


mood- mengeluh lagi.. tak paham takpe....adoi.....

Saturday, January 9, 2010

Beli nasi tapi benda lain yang jadi



Gambar- Tetiba aku rasa nk duk kat benda nie





Gambar- Lela di Tasik Buatan Kami




Gambar- The Gadis .. Masih berpunya kah? ;p


Semalam aku nak beli nasi sebenarnya kat kedai..Pembetulan. Dalam hati aku sebenarnya aku nak minum air je.Sebab aku dah kenyang.Bukan aku nak diet.Tak payah la diet.haha..Tapi kan bila je sampai kedai makan, macam syok je aku tengok kawan aku makan n aku pulak telan air tembikai,padahal pada masa tu aku nak air milo.haishh !

Hahaha...Bila aku tengah syok minum air,pastu sorang lagi kawan aku datang,aku pun tetiba rasa nak makan.Konon2 alasan aku ialah ( kesian kat dia sape nak teman makan kan) haha..Aku pun tempah la makanan aku pun makan la sambil layan JANGAN LUPA LIRIK...Aku tak layan sangat rancangan crita mcm tu sebab pengacara dia kot..haha..Bukan sebab pengacara dah tua, tapi aku dah tak berkenan...Tapi aku tengok jugak la cter tu sebab pompuan tu pandai nyanyi n sedap sore dia...

On da wei balik, aku pun berhenti amik kat pos pengawal.Aku ni seorang yang sangat2 menurut perintah n skema jugak la sposen n kadang2 aku la kepala OTAI..Kesimpulannya aku seorang yang dinamik,bukan seorang yang mendatar,aku sporting,open minded n kalau aku rasa benda y aku wat tu betul, maka betul la kan.Tapi aku bukannya ada prinsip mcm ni dalam hidup aku "ADE AKU KISAH" Aku benci ayat nie..Actually aku memang la seorang yang sangat2 kisah,tapi aku sangat tak SUKA amik tahu hal orang lain.Nak mintak tolong dari aku, YES iam willing to help those who in need !

Masa nak balik, aku rasa aku ngan kawan2 aku perlu snap gambar untuk tahun ni sebab tahun ni kita orang tak amik gambar lagi tahun nie..haha...Jadi kitaorang amik gambar kat sekitar asrama je. BTW aku sangat2 malas untuk keluar merayap2 untuk tahun nie KECUALI ada hal yang betul2 memerlukan aku keluar. MID VALEY kesayangan aku pun aku nak g sebulan sekali, n aku dah MALAS nak layan2 movie kat GSC..Bagi aku banyak hijrah yang kita buat, yang penting pengorbanan kene ada dalam diri kita.Ada sebab aku buat macam tu.(malas nak tulis kat sini)

Bagi aku, aku lebih matang jika jadi pemerhati dari jauh n merangka strategi dari jauh..Apa maksud tulisan aku nie.Aku sorang je paham.Hahaha..Nak dijadikan cerita, banyak la jugak gambar kita orang amik, n banyak jugak la yang tak jadi sebab tangan KETAQ2..haha..Bukan penyakit parkinson ye adik2 sume.Hahhaha

Well dah habis waktu aku bersenang lenang masa orientasi n masa weekend.Kelas aku dah nak stat Isnin nie.huhu...Aku harapkan something buat sem nie something..Bila aku dah harapkan,aku nak tak nak, kene cuba la benda2 baru dalam hidup aku. Aku join SILAT, baju pun dah beli.Aku masuk silat ni bukan sebab aku minat tengok cerita CUCU BETONG masa cuti sem hari tu.Hahaha..Bagi aku, ada sesuatu di sebalik silat n kalau ada pape aku pasal silat ni pastinya aku post kat blog aku ni.Insyaallah.

Mari lah tengok photo semalam...Ok bye2..Aku perlukan NASI !!! ahahhaa

Monday, January 4, 2010

First .. Satu ....

This is my first day of my tiny little hand to press many keys at my lappy..Sigh..huh..Now i at IPBA..The next following day also, i still at IPBA (studying) and continue my bright life here until Chinese New Year..Then i will going back to my hometown Dungun.. But just for couple day only...

Leaving Dungun for many days ago by bus.. Accompanied by my older sis, not too older but she is quite shorter than me. Beware of her,she has a loud voice...i hope she can be a disipline teacher soon " Mek Siti " . haha .. LOL ..My father sent me at the bus stop in the middle of nite there.. Well we doesnt wait for many hours for the bus to come, just about 15 minutes then the ADIK BERADIK bus came...so in the bus we ZZzzzz sleep...hehehe

Just forget about the bus.. I reach at my hostel about 5 am .. its raining but not too heavy .. Then i tidy up my room, still at my previous room..The best room in my life...There is nothing to do now..opps not to late to wish happy new year to all my friends at the hostel..haha..We were more older now..20 years old..huhu

Now we cannot playing 'tarik rambut' anymore..haha..we should behave well...haha..such 'koya' la aku nie..wakakaka..Ok..bye 2009.. ( english version)

Hahahaha...tak baik la aku nie..suka wat dwi bahasa..tapi taip bahasa melayu gak sedap atau 'lawas' bak kata kawan aku pokka aka art of my life tu kat blog dia..saje je lama la plop aku tak speaking ni..Memandangkan aku kene repeat MUET..huhu.. 2 markah agi aritu..sket agi nak lulus..Takpe2 mungkin ada sebab tu aku dapat band 2..Sesampainya aku di ipba ni, asyik dengar ceramah je.Takpela wahai lect semua,anak didikmu ini suka dengar ceramah kadang2 tertido jua akhirnya..hahaha...

Pada mulanya kan aku nak menyepi dari menulis kat blog aku ni. Mungkin perlukan masa yang panjang sangat sebab masuk first year degree ni mcm busy n meletihkan je aku rasa..4 tahun lagi tu aku kene stand..hoho...try da best...ok la..sampai sini jela aki taip kat blog nie..ada masa banyak,aku menaip lagi.. bye2



p/s = still guna kat matrik lama......

Sunday, December 27, 2009

IPBA ... in home

Kene datang IPBA awal...kenapa ek..scary pulak...huhu

tak pelah..gi je la...

kepada kawan ku yang dh beli tiket mcm aku..selamat le tiket flight anda...kepada yang kena tukar tiket flight..kene bayar denda...takziah aku ucap...haha..aku?? gi ngan bus je la...hihihi...


takde pape nak tulis..haha..
mood- tgu masa pulang je lah...packing barang yang tak banyak..juga mengira duit untuk masa depan...hahaha

Monday, December 21, 2009

Hari spek HITAM sedunia



(POKKA-memakai spek itam juga)
p/s-pokka jange maroh deh..glamer mung kat blog aku neh..hahaha




( KAK JEK NGAN spek nyer)----
p/s-jang oh jang....hehe


href="http://2.bp.blogspot.com/_hovRkd8BjaU/SzBUzr0FrzI/AAAAAAAAAJQ/j6JOKDcGuVM/s1600-h/DSCN0619.JPG">

( KILA--HEHE)--kredit to sape ntah y amik gambar---perasan sume spek y dipakai oleh kami adalag SAMA !! hahahhaha

info-kebaikan spek itam

KACA mata hitam selain berfungsi sebagai pelindung mata daripada panahan terik matahari, ia juga menjadi simbol fesyen yang wajib dimiliki.

Menurut Pakar Perunding Fesyen, Faizal Hamid, kaca mata hitam adalah alternatif kepada mereka yang mahukan barangan seperti beg tangan dan pakaian daripada jenama mewah tapi tidak mampu dimiliki disebabkan harga yang tinggi melampau.

"Sememangnya kasut, alat solek atau wangian berjenama masih lagi dalam lingkungan produk yang boleh dimiliki kebanyakan kita tetapi ia tidak mempunyai impak segera (instant impact) seperti yang boleh dilihat apabila anda memakai kaca mata hitam berjenama antarabangsa.

"Kaca mata hitam bukan hanya boleh memberi nafas baru kepada pakaian yang kita ada malahan ia adalah satu cara yang paling ekonomi untuk kita mengikut peredaran gaya ataupun tren terkini," katanya.

Katanya, pencinta fesyen menggunakan kaca mata bukan saja sebagai membuktikan mereka mendapat kelebihan daripada penggunaan barangan berkenaan tapi juga untuk menunjukkan impak daripada pemakaian kaca mata hitam itu.

Kini lebih banyak lagi jenama kaca mata hitam yang tidak begitu mahal ada di pasaran dibandingkan dengan kategori aksesori yang lain. Sememangnya kaca mata hitam punyai pelbagai pilihan rekaan dalam bentuk, saiz, hiasan dan perincian berbeza sesuai cita rasa semua individu," katanya.

Pembeli tidak lagi membeli kaca mata hitam semata-mata untuk melindungi mata dari pancaran UV kerana tarikan kaca mata hitam bersaiz besar menjadi kegilaan mencerminkan keperluan untuk penjagaan mata dalam gaya baru yang lebih hangat.

"Gaya paling terbaru dan popular adalah yang diinspirasikan daripada gaya kaca mata hitam ilham retro 50an. Bingkai plastik kembali dengan gaya kontemporari ilham mata kucing yang mengingatkan kita pada ikon filem barat seperti Marilyn Monroe," katanya.

Faizal mengingatkan pencinta fesyen supaya mendapatkan kaca mata hitam berjenama semasa ia masih dalam lingkungan harga yang berpatutan sebelum ia tersenarai di dalam kategori barangan mewah yang tidak mampu dimiliki suatu masa nanti.

"Jika anda tidak percaya lihat saja kaca mata hitam edisi terhad Bottega Veneta yang bingkainya diperbuat daripada tanduk semula jadi. Ia bahan yang paling eksklusif dan unik malah ada juga jenama terkenal yang menghiasi koleksi kaca mata hitam jenama mereka penuh dengan butiran berlian.

"Rekaan yang hebat ini bukan dijual dengan harga ratusan ringgit tapi sebaliknya ribuan malahan hingga mencecah puluhan ribu ringgit," katanya.

Memilih kaca mata hitam

Ramai tidak menyedari kacamata yang dijual di pasaran boleh dibezakan kegunaannya berdasarkan warna lensa, bentuk bingkai dan jenis cermin.

Menurut Pengurus Pemasaran City Chain Sdn Bhd, Chang Suling, seseorang yang berhasrat membeli cermin mata hitam perlu memastikan keperluannya sama ada untuk gaya, aktiviti luar atau dalam bangunan.

"Lensa berwarna gelap seperti hijau gelap, coklat dan kelabu antara pilihan paling popular sesuai aktiviti siang misalnya ketika pemanduan manakala lensa warna cerah khusus untuk waktu malam.

"Bagaimanapun, lensa dua tona kini menjadi pilihan ramai penggemar kaca mata hitam kerana ia boleh digunakan untuk aktiviti di sebelah malam atau siang hari," katanya.

Selain itu, turut diperkenalkan di pasaran adalah sejenis cermin mata hitam yang menggunakan cermin polarized. Kelebihan cermin berkenaan adalah ia mampu melaras kemasukan cahaya dan silau membuatkan pemandangan menjadi jelas.

"Cermin mata polarized sesuai dikenakan semasa memandu di waktu malam, ketika hujan atau apabila pandangan kabur disebabkan jalan berdebu.

"Ada juga jenis cermin mata hitam yang direka khusus untuk kecantikan. 'Mirror coating' adalah lensa yang memantul cahaya dan kebaikannya, pemilik boleh menyembunyikan mata daripada pandangan yang tidak diingini," katanya.

Namun, apa juga kegunaan dan keperluan cermin mata hitam berkenaan, Chang menasihatkan pembeli supaya membeli cermin mata yang mempunyai pelindung UV bagi melindungi mata daripada sinaran cahaya matahari secara terus.

INFO:

* Kaca mata hitam berbingkai kristal telus sinar antara rekaan bingkai yang tidak kurang hebat musim ini.

* Cermin mata hitam berbentuk aviator adalah belian yang terbaik kerana rekaannya tidak lapuk dek zaman.

* Ketika memilih cermin mata, pastikan bingkai di bahagian pipi tidak menyentuh kulit untuk mengurangkan tekanan di bahagian hidung.

* Individu bertudung dinasihatkan memilih tangkai cermin mata yang lurus bagi memudahkan pemakaian.

* Elakkan membeli cermin mata hitam di negara Eropah kerana rekaan bingkai khusus untuk fizikal wajah mereka dibuat melengkung manakala wajah Asia sesuai bingkai potongan lurus.


----------aku bukan pengguna spek itam------------------------
tapi aku buat tintet spek aku sebab protek mata aku dari cahaya matahari..ahaks!

kajian sosial...WAKTU BERSAMA-SAMA


(SUKAN TAHUNAN)----BIRU THE BEST/





(MAIN BOLING-CADANGAN ENCIK HAMZAH,TP dia datang lewat..takpe lect kesayangan)






(NI LATIHAN CHORAL SPEAKING)





Tiga gambar
tempat berbeza
perasaan tak sama
tapi pengalaman yang di timba
majulah kamu .....





motif-aku saja nak letak..benda yang penah aku buat ngn kawan kelas..benda baik la..haha..mana ada melakukan kejahatan sebagai pelajar skema macam aku..atau lebey tepat..nerd kot...wakaka

rasa tak pandai sikit




Agak geram sikit...kenapa tak pandai teknologi...tp tu lah..orang tua kata kene blaja benda nih..aku rasa bersalah kat member kelas..maafkan kila , kila tak dapat update blog kelas..email tak le tembus...huhu..


tak tahu nak kata ape dah
sungguh merasa sedikit hampa
i wish i would post something
after exam hari tu

sedikit tertekan....huhu :(

pape pun i love PPISM KS dahulu
try nak jadi moderator yang baik
huhuuhhuhu


diambang kesedihan :(

PeMInat SeTIa...