Kene datang IPBA awal...kenapa ek..scary pulak...huhu
tak pelah..gi je la...
kepada kawan ku yang dh beli tiket mcm aku..selamat le tiket flight anda...kepada yang kena tukar tiket flight..kene bayar denda...takziah aku ucap...haha..aku?? gi ngan bus je la...hihihi...
takde pape nak tulis..haha..
mood- tgu masa pulang je lah...packing barang yang tak banyak..juga mengira duit untuk masa depan...hahaha
Sunday, December 27, 2009
Monday, December 21, 2009
Hari spek HITAM sedunia
(POKKA-memakai spek itam juga)
p/s-pokka jange maroh deh..glamer mung kat blog aku neh..hahaha
( KAK JEK NGAN spek nyer)----
p/s-jang oh jang....hehe
href="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgUOT1sg3sasQ1jXyYoful54PRYWOvKqsOKzXflMPfGi7lZHl0ouZkRCCeWqrT55yjWRe81al4vuCtTdp0QYl2bWPH20COlKCI6GqAvb1X-UM0UtYLfUdbhEiEKnjrLiixfsYhOHJ1IUJA/s1600-h/DSCN0619.JPG">
( KILA--HEHE)--kredit to sape ntah y amik gambar---perasan sume spek y dipakai oleh kami adalag SAMA !! hahahhaha
info-kebaikan spek itam
KACA mata hitam selain berfungsi sebagai pelindung mata daripada panahan terik matahari, ia juga menjadi simbol fesyen yang wajib dimiliki.
Menurut Pakar Perunding Fesyen, Faizal Hamid, kaca mata hitam adalah alternatif kepada mereka yang mahukan barangan seperti beg tangan dan pakaian daripada jenama mewah tapi tidak mampu dimiliki disebabkan harga yang tinggi melampau.
"Sememangnya kasut, alat solek atau wangian berjenama masih lagi dalam lingkungan produk yang boleh dimiliki kebanyakan kita tetapi ia tidak mempunyai impak segera (instant impact) seperti yang boleh dilihat apabila anda memakai kaca mata hitam berjenama antarabangsa.
"Kaca mata hitam bukan hanya boleh memberi nafas baru kepada pakaian yang kita ada malahan ia adalah satu cara yang paling ekonomi untuk kita mengikut peredaran gaya ataupun tren terkini," katanya.
Katanya, pencinta fesyen menggunakan kaca mata bukan saja sebagai membuktikan mereka mendapat kelebihan daripada penggunaan barangan berkenaan tapi juga untuk menunjukkan impak daripada pemakaian kaca mata hitam itu.
Kini lebih banyak lagi jenama kaca mata hitam yang tidak begitu mahal ada di pasaran dibandingkan dengan kategori aksesori yang lain. Sememangnya kaca mata hitam punyai pelbagai pilihan rekaan dalam bentuk, saiz, hiasan dan perincian berbeza sesuai cita rasa semua individu," katanya.
Pembeli tidak lagi membeli kaca mata hitam semata-mata untuk melindungi mata dari pancaran UV kerana tarikan kaca mata hitam bersaiz besar menjadi kegilaan mencerminkan keperluan untuk penjagaan mata dalam gaya baru yang lebih hangat.
"Gaya paling terbaru dan popular adalah yang diinspirasikan daripada gaya kaca mata hitam ilham retro 50an. Bingkai plastik kembali dengan gaya kontemporari ilham mata kucing yang mengingatkan kita pada ikon filem barat seperti Marilyn Monroe," katanya.
Faizal mengingatkan pencinta fesyen supaya mendapatkan kaca mata hitam berjenama semasa ia masih dalam lingkungan harga yang berpatutan sebelum ia tersenarai di dalam kategori barangan mewah yang tidak mampu dimiliki suatu masa nanti.
"Jika anda tidak percaya lihat saja kaca mata hitam edisi terhad Bottega Veneta yang bingkainya diperbuat daripada tanduk semula jadi. Ia bahan yang paling eksklusif dan unik malah ada juga jenama terkenal yang menghiasi koleksi kaca mata hitam jenama mereka penuh dengan butiran berlian.
"Rekaan yang hebat ini bukan dijual dengan harga ratusan ringgit tapi sebaliknya ribuan malahan hingga mencecah puluhan ribu ringgit," katanya.
Memilih kaca mata hitam
Ramai tidak menyedari kacamata yang dijual di pasaran boleh dibezakan kegunaannya berdasarkan warna lensa, bentuk bingkai dan jenis cermin.
Menurut Pengurus Pemasaran City Chain Sdn Bhd, Chang Suling, seseorang yang berhasrat membeli cermin mata hitam perlu memastikan keperluannya sama ada untuk gaya, aktiviti luar atau dalam bangunan.
"Lensa berwarna gelap seperti hijau gelap, coklat dan kelabu antara pilihan paling popular sesuai aktiviti siang misalnya ketika pemanduan manakala lensa warna cerah khusus untuk waktu malam.
"Bagaimanapun, lensa dua tona kini menjadi pilihan ramai penggemar kaca mata hitam kerana ia boleh digunakan untuk aktiviti di sebelah malam atau siang hari," katanya.
Selain itu, turut diperkenalkan di pasaran adalah sejenis cermin mata hitam yang menggunakan cermin polarized. Kelebihan cermin berkenaan adalah ia mampu melaras kemasukan cahaya dan silau membuatkan pemandangan menjadi jelas.
"Cermin mata polarized sesuai dikenakan semasa memandu di waktu malam, ketika hujan atau apabila pandangan kabur disebabkan jalan berdebu.
"Ada juga jenis cermin mata hitam yang direka khusus untuk kecantikan. 'Mirror coating' adalah lensa yang memantul cahaya dan kebaikannya, pemilik boleh menyembunyikan mata daripada pandangan yang tidak diingini," katanya.
Namun, apa juga kegunaan dan keperluan cermin mata hitam berkenaan, Chang menasihatkan pembeli supaya membeli cermin mata yang mempunyai pelindung UV bagi melindungi mata daripada sinaran cahaya matahari secara terus.
INFO:
* Kaca mata hitam berbingkai kristal telus sinar antara rekaan bingkai yang tidak kurang hebat musim ini.
* Cermin mata hitam berbentuk aviator adalah belian yang terbaik kerana rekaannya tidak lapuk dek zaman.
* Ketika memilih cermin mata, pastikan bingkai di bahagian pipi tidak menyentuh kulit untuk mengurangkan tekanan di bahagian hidung.
* Individu bertudung dinasihatkan memilih tangkai cermin mata yang lurus bagi memudahkan pemakaian.
* Elakkan membeli cermin mata hitam di negara Eropah kerana rekaan bingkai khusus untuk fizikal wajah mereka dibuat melengkung manakala wajah Asia sesuai bingkai potongan lurus.
----------aku bukan pengguna spek itam------------------------
tapi aku buat tintet spek aku sebab protek mata aku dari cahaya matahari..ahaks!
kajian sosial...WAKTU BERSAMA-SAMA
(SUKAN TAHUNAN)----BIRU THE BEST/
(MAIN BOLING-CADANGAN ENCIK HAMZAH,TP dia datang lewat..takpe lect kesayangan)
(NI LATIHAN CHORAL SPEAKING)
Tiga gambar
tempat berbeza
perasaan tak sama
tapi pengalaman yang di timba
majulah kamu .....
motif-aku saja nak letak..benda yang penah aku buat ngn kawan kelas..benda baik la..haha..mana ada melakukan kejahatan sebagai pelajar skema macam aku..atau lebey tepat..nerd kot...wakaka
rasa tak pandai sikit
Agak geram sikit...kenapa tak pandai teknologi...tp tu lah..orang tua kata kene blaja benda nih..aku rasa bersalah kat member kelas..maafkan kila , kila tak dapat update blog kelas..email tak le tembus...huhu..
tak tahu nak kata ape dah
sungguh merasa sedikit hampa
i wish i would post something
after exam hari tu
sedikit tertekan....huhu :(
pape pun i love PPISM KS dahulu
try nak jadi moderator yang baik
huhuuhhuhu
diambang kesedihan :(
nak jadi pendekar
tergelak juga nampaknyer dengar title kat atas..nak jadi pendekar..haha...pasni tiap malam mahu meneruskan kegiatan martial arts sebab aku rasa aku bertanggung jawab untuk belajar SILAT....never minds jika nothing,boleh gain something..untuk improve diri aku jugak..kalu dulu taekwando aku tak larat...n masalah kekangan masa memang cemburu aku..Tapi aku rasa aku boleh buat...dua jam latihan ,tak lama..
pas aku baca artikel sal silat aku nak share artikel tu kat sini: take a look ya!
GARIS PANDUAN SILAT
MENURUT ISLAM
1. TUJUAN
1.1. Garis panduan ini disediakan untuk dijadikan panduan kepada umat Islam khususnya mereka yang terlibat dengan amalan seni mempertahankan diri tradisional (silat) supaya terhindar dari amalan yang bertentangan dengan akidah dan syariat Islam yang sebenar.
2. PENDAHULUAN
2.1. Islam amat menitikberatkan soal-soal akidah dan syariah. Segala amalan dan kepercayaan yang tidak berdasarkan kepada sumber-sumber asal Al-Quran, Hadis, Ijmak dan Qias adalah ditolak. Kepercayaan-kepercayaan dan amalan-amalan tertentu dalam masyarakat Islam di Malaysia sedikit sebanyak ada hubungkaitnya dengan pengaruh fahaman Anamisme, Dinamisme, Hindu, Buddha dan Syiah (Ghulu) yang sebahagiannya telah menjadi darah daging kepada pengamal suci mempertahankan diri tradisional (silat). Oleh itu gari panduan ini perlu dijadikan asas dan panduan supaya dapat mengelakkan diri dari terjerumus ke dalam penyelewengan akidah dan syariat Islam. Allah berfirman dalam surah Yunus, ayat 106:
ولا تدع من دون الله ما لا ينفعك ولا يضرك فان فعلت فانك اذا من الظالمين
(سورة يونس : 106)
Bermaksud:
“Dan janganlah kamu menyembah apa-apa yang tidak memberi manfaat dan tidak (pula) memberi mudharat kepadamu selain Allah; sebab jika kamu berbuat (yang demikian) itu, maka sesungguhnya kamu termasuk orang-orang yang zalim”.
2.2. Dalam sejarah Islam memang wujud pahlawan-pahlawan yang tekemuka di kalangan para sahabat Rasulullah s.a.w. Mereka telah berjuang menentang Musyrikin Quraisy dan penentang-penentang ajaran Islam dari kalangan Munafikin. Antara sahabat berkenaan ialah Saidina Ali, Khalid Ibnu Walid, Amru b. As-As, Abu Ubaidah b. Al-Jarrah, Saad b. Abi Waqas dan lain-lain lagi. Di dalam Al-Quran didapati banyak ayat-ayat yang menunjukkan bahawa perlunya umat Islam mempersiapkan diri dan kelengkapan senjata serta kemudahan-kemudahan yang perlu untuk mempertahankan agama, diri dan negara. Antaranya ayat 61 surah Al-Anfaal:
وان جنحوا للسلم فاجنح لها وتوكل على الله انه هو السميع العليم
(الانفال : 61)
Bermaksud:
“Dan jika mereka (pihak musuh) cenderung kepada perdamaian, maka engkau juga hendaklah cenderung kepadanya serta bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Ia Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui”.
2.3. Di dalam ilmu persilatan terdapat beberapa syarat yang perlu dipatuhi sama ada ketika hendak masuk silat, setelah masuk atau selepas tamat dan diijazahkan. Di antara syarat-syarat tersebut:
(a) menyediakan pengeras seperti pulut kuning, limau purut, kain putih, bayaran pengeras dan sebagainya.
(b) mandi dengan air mandian tertentu sebagai lambang membersihkan segala kekotoran zahir dan batin.
(c) tidak boleh meninggalkan sembahyang.
(d) Tidak boleh banyak bertanya ketika guru sedang mengajar atau mempersoalkan sebarang tindakan guru.
(e) Melakukan gerak silat membuka atau menutup gelanggang setiap kali memula atau menamatkan latihan silat.
2.4. Guru memainkan peranan penting di dalam menyampaikan sesuatu ilmu bagi menjamin kesahihan dan kesempurnaan ilmu tersebut. Di dalam ilmu persilatan, guru adalah lambang kesempurnaan.
2.5. Sesuatu seni mempertahankan diri tradisional (silat) itu perlulah didasarkan kepada garis pandua berikut bagi mengenalpasti ianya terhindar dari perkara-perkara yang bercanggah dengan syariat Islam:
(a) Asal Usul Silat
(b) Syarat-Syarat Silat
(c) Guru Silat
(d) Ikrar Sumpah dan Taat Setia
(e) Pantang Larang
(f) Adab
(g) Gerak Langkah
(h) Amalan Dalam Silat
(i) Pengijazahkan
(j) Matlamat Silat
3. GARIS PANDUAN SILAT DAN SENI MEMPERTAHANKAN DIRI
3.1. Asal-Usul Silat
3.1.1. Demi menjaga kesucian akidah Islam, beberapa perkara perlu diambil perhatian iaitu setiap individu atau kumpulan tidak boleh mendakwa bahawa:
(a) Silat mereka bersumber dari Nabi Muhammad s.a.w. para anbia atau diambil dari Al-Quran dan Hadis atau berasal dari amalan para sahabat Nabi s.a.w.
(b) Teknik atau pergerakan persilatannya berasal dari ibadat-ibadat tertentu seperti rukun-rukun sembahyang.
(c) Seni silat mereka bersumberkan mimpi bertemu Rasulullah s.a.w. atau para anbia yang lain atau para sahabat serta ulama.
3.2. Syarat-syarat Silat
3.2.1. Bagi mempastikan syarat-syarat di dalam ilmu persilatan tidak bercanggah dengan ajaran Islam maka:
(a) Semua perkara yang wajib dilakukan atau ditinggalkan oleh seorang Islam, yang mukallaf tidak boleh dijadikan syarat di dalam silat seperti sembahyang, puasa, jangan durhaka kepada ibubapa, sehingga mendatangkan anggapan bahawa perkara wajib tersebut menjadi wajib hanya apabila dijadikan syarat.
(b) Tidak boleh mengaitkan sesuatu pengeras dengan suatu akibat yang dipercayai boleh merosakkan pegangan akidah.
(c) Tidak boleh percaya kepada sial seperti mandi membuang sial atau mandi-mandi tertentu yang dikaitkan dengan persilatan.
(d) Tidak boleh melakukan gerak silat atau bacaan tertentu yang mengandungi unsur-unsur meminta izin atau bantuan dari kuasa-kuasa makhluk “ghaib” dalam acara “gerak membuka atau menutup gelanggang”, “’ayat kebal” atau “pukulan angin maut” atau sembelih ayam dalam gelanggang.
(e) Tidak boleh mentaati guru atau seseorang pada perkara-perkara yang jelas bercanggah dengan akidah dan syariat Islam.
(f) Sebarang syarat yang bertentangan dengan akidah, syariah dan akhlak Islam.
3.3. Guru Silat
3.3.1. Guru silat yang beragama Islam hendaklah bukan terdiri daripada:
(a) mereka yang melakukan perkara-perkara syirik, sama ada melalui perkataan, perbuatan atau iktikad.
(b) mereka yang melakukan maksiat/jenayah dan yang bertentangan dengan moral.
(c) pemecah belah masyarakat.
(d) Mereka yang mentafsir ajaran agama Islam mengikut hawa nafsu.
3.3.2. Jika seseorang guru silat hendak melibatkan diri dalam hal agama hendaklah mengetahui asas-asas agama Islam sama ada fardhu ain atau fardhu kifayah seperti rukun Islam, rukun Iman, cara mengerjakan sembahyang dan sebagainya.
3.3.3. Guru silat dilarang memasukkan atau menggunakan unsur-unsur yang bercanggah dengan Islam seperti sihir dan ilmu kebal di dalam ilmu persilatan.
3.4. Ikrar Sumpah Dan Taat Setia
3.4.1. Sumpah tidak dibolehkan sebaliknya hanya ikrar.
3.4.2. Murid-murid tidak boleh taat secara membuat tuli kepada guru. Mereka hendaklah mengikut perintah guru selama tidak bercanggah dengan perintah Allah.
3.4.3. Sumpah tidak boleh digunakan kepada perkara-perkara yang telahpun diwajibkan di dalam Islam seperti bersumpah akan taat kepada ibubapa, bersumpah akan taat kepada Allah dan Rasul dan sebagainya.
3.4.4. Bacaan-bacaan, amalan dan ikrar yang terdapat di dalam sumpah hendaklah mengandungi perkara-perkara yang tidak bercanggah dengan akidah dan syariat Islam seperti memuja dewa, atau nama berhala.
3.4.5. Di dalam upacara sumpah dan bai’ah sama ada dari segi fizikal atau mental hendaklah tidak mempunyai unsur-unsur yang mensyirikkan Allah dan menjatuhkan maruah seseorang sebagai umat Islam.
3.5. Pantang Larang
3.5.1. Suatu pantang larang hendaklah bukan daripada perkara-perkara yang jelas diwajibkan di dalam Islam seperti tidak meninggalkan sembahyang, jangan berkelahi sesama ahli dan sebagainya.
3.5.2. Suatu pantang larang tidak boleh dikaitkan dengan unsur-unsur pemujaan, meminta izin, perlindungan atau bantuan daripada makhluk-makhluk ghaib seperti larangan berludah kerana ditakuti tidak menjadi.
3.5.3. Tidak boleh memenuhi kehendak pantang larang sehingga melakukan perkara-perkara yang ditegah di dalam Islam seperti meninggalkan tanggungjawab sebagai suami atau isteri dan sebagainya.
3.5.4. Perkara-perkara yang harus dan halal tidak boleh dihukumkan haram.
3.6. Adab
3.6.1. Adab Murid Dengan Guru:
(a) Guru tidak boleh menganggap dirinya yang paling mulia dan tidak pernah bersalah.
(b) Guru hendaklah mengelakkan diri dari dianggap orang yang perlu ditaati secara mutlak.
(c) Guru tidak boleh menganggap orang lain lemah dan lekeh.
(d) Guru hendaklah melarang murid-muridnya memuja, mengagung dan taksub kepadanya.
3.6.2. Adab Sesama Murid Seperguruan:
(a) Seseorang murid tidak boleh memberikan hak secara khusus kepada murid seperguruannya sahaja, seperti memberi ucapan salam, tidak boleh bergaduh sesama ahli dan sebagainya.
(b) Seseorang murid tidak boleh menanam atau mengapi-apikan perasaan bangga diri dan taksub kepada kumpulannya sehingga memandang hina dan negatif kepada orang lain.
3.6.3. Adab Murid Dengan Orang Lain
(a) Seseorang murid tidak boleh mengutamakan guru silat dan murid-murid seperguruannya sehingga mengabaikan hak dan kewajipannya kepada ibubapa, suami, isteri, anak dan ahli keluarga.
(b) Seseorang murit tidak boleh memandang rendah dan hina terhadap orang bukan dari kalangan ahli silatnya.
(c) Seseorang murid yang beragama mesti menjalinkan ikatan persahabatan sama ada sesama ahli atau orang lain.
3.7. Gerak Langkah
(a) Gerak langkah silat tidak boleh dikaitkan dengan zat Allah dan sifat-sifat-Nya atau merupakan maksud di sebalik kalimah atau nama-nama Allah atau sifat-sifatNya.
(b) Gerak langkah silat tidak boleh diertikan sebagai maksud yang tersirat daripada ahli atau jasad Rasulullah s.a.w., para malaikat, nabi-nabi dan orang soleh.
(c) Gerak langkah silat tidak boleh dimaksudkan dengan perkara-perkara yang berkaitan dengan agama Islam atau perlakuan-perlakuan ibadat yang tertentu seperti dua kalimah syahadah dan sembahyang.
3.8. Amalan Dalam Silat
(a) Tidak boleh memuja dan memperhambkan diri kepada sesuatu kuasa atau peribadi yang boleh mendatangkan nasib baik atau buruk kepada seseorang seperti hantu, dewa, keramat, kubur, keris, busut dan sebagainya.
(b) Tidak boleh menggunakan tangkal dan azimat yang mengandungi rajah-rajah atau tulisan-tulisan yang tidak difahami, objek-objek tertentu dan bercampuraduk dengan ayat Al-Quran.
(c) Tidak boleh mengamalkan bacaan-bacaan tertentu yang tidak difahami maknanya dikhuatiri mengandungi kata-kata pemujaan kepada berhala, iblis, syaitan atau nama berhala orang kafir serta bercampur aduk dengan ayat al-Quran.
(d) Tidak boleh meninggalkan ibadat-ibadat wajib yang dituntut di dalam Islam seperti sembahyang lima waktu dan puasa di bulan Ramadan ketika melakukan amalan silat.
3.9. Pengijazahan
(a) Tidak boleh melakukan isyarat sembah atau gerak tubuh yang melambangkan ketundukan yang menyamai atau melebihi ketundukan yang hanya layak kepada Allah sahaja seperti tidak sembah kepada guru.
(b) Tidak boleh melakukan upacara-upacara yang mengandungi unsur-unsur penyembahan, pemujaan, memohon bantuan atau memperhambakan diri kepada kuasa-kuasa atau tenaga-tenaga ghaib seperti mempersembahkan sedulang makanan, menyembelih ayam dan sebagainya.
3.10. Matlamat Silat
(a) Matlamat silat hendaklah matlamat yang baik seperti untuk kesihatan tubuh badan, mendisiplinkan diri, hidup bermasyarakat, untuk mempertahankan diri dari bahaya dan sebagainya.
(b) Matlamat silat tidak boleh:
(i) Untuk membalas dendam, menuntut bela, membuat aniaya, menakut-nakutkan dan mengugut orang lain.
(ii) Untuk menanam sifat berani yang keterlaluan sehingga hilang hormat kepada ibubapa, guru, ahli keluarga dan lain-lain.
(iii) Untuk memupuk sentimen perkauman atau taksub golongan/kumpulan ekstrim agama yang melampau di kalangan ahli.
4. PENUTUP
Dengan mengikut garis panduan ini diharapkan para pengamal silat dan seni mempertahankan diri supaya dapat menghindarkan diri menyimpang daripada ajaran Islam yang benar, agar hidup sentiasa dirahmati Allah S.W.T.
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia,
Kuala Lumpur.
so pas aku baca benda ni banyak kebaikan kat diri aku gak ...lagi satu benda ni benda baru dalam idup aku..benda yang baik..tak salah mencuba...
tak cuba..tak berjaya!
hair band dan tudung....
---contoh tudunng-----
saya nak hair band
sebab nak guna dengan tudung saya a.k.a pengganti telekung
kenapa saya memilih hair band
pertama=mudah nak pakai
kedua=ia sangat kemas
ketiga=macam2 kaler,murah senang nak dipadakan dengan tudung saya
keempat=boleh buat bersukan dan pakai time study pun boleh
so...untuk kelas yang dah nak mula nie. saya memerlukan tudung dan hair band
ada sape nak bagi ke..haha...elok juge tu kalau nak belanja..i wish i dapat...
actually saya nak tudung, nak wat latihan silat..tudung kaler itam..dan hair band untuk dipadankan padanya...
ok tata
nota selipar- bila nak beli masalahnyer
gud bye 2009
2010-yang bakal menjelma is quite challenging...dunno wat makes is challenge for me.But i have plan something for myself..i know i will losing something..apart from that, i dont mind when i losing something,i can gain my life again...so teruk bila tak dapat buat ape yang kita nak..mahu tutup cerita 2009 kerana aku merasakan hidup..pandang ke depan lah....pahit manis 2009,banyak benda yang belajar..kenal manusia,kenal masa,kenal sukan ekspeceli...haha..aku masuk kagum,yang tak penah terlintas nak masuk...akhirnya aku termasuk..haha...kene dedahkan diri dengan benda nih..oke..2010..so many things to do...
part one- pergi amik benda y aku nak amik*insyaallah dapat la berkat y diusahakan
part two- mencari keberkatan dan menambah kematangan sikit..hope dapat la
part three- langsaikan sume benda yang aku tulis dalam planner.tak nak ulang dah sini,benda kat dalam planner tu banyak...aku kene settle satu2...
tiga part nie aku kene settle..aku akan bg hadiah kat diri aku pas langsaikan sume benda nie..and get something new from myself...please i hate when im losing my grip again..its too hurt bila tak dapat langsaikan....bukan langsaikan hutang..setakat nie takde hutang...bebas dr ceti haram..hahaa
my blog..dear blog..is not just blog.aku perlukan tempat untuk aku tulis..semoga tahun yang akan datang umur makin panjang untuk aku ubah segala n jadi makin baik untuk orang sekeliling.....
nota selipar-currently not listening to any song coz dalam sesi berpuasa dari dgr segala lagu...hahahahha
part one- pergi amik benda y aku nak amik*insyaallah dapat la berkat y diusahakan
part two- mencari keberkatan dan menambah kematangan sikit..hope dapat la
part three- langsaikan sume benda yang aku tulis dalam planner.tak nak ulang dah sini,benda kat dalam planner tu banyak...aku kene settle satu2...
tiga part nie aku kene settle..aku akan bg hadiah kat diri aku pas langsaikan sume benda nie..and get something new from myself...please i hate when im losing my grip again..its too hurt bila tak dapat langsaikan....bukan langsaikan hutang..setakat nie takde hutang...bebas dr ceti haram..hahaa
my blog..dear blog..is not just blog.aku perlukan tempat untuk aku tulis..semoga tahun yang akan datang umur makin panjang untuk aku ubah segala n jadi makin baik untuk orang sekeliling.....
nota selipar-currently not listening to any song coz dalam sesi berpuasa dari dgr segala lagu...hahahahha
Subscribe to:
Posts (Atom)