(POKKA-memakai spek itam juga)
p/s-pokka jange maroh deh..glamer mung kat blog aku neh..hahaha
( KAK JEK NGAN spek nyer)----
p/s-jang oh jang....hehe
href="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgUOT1sg3sasQ1jXyYoful54PRYWOvKqsOKzXflMPfGi7lZHl0ouZkRCCeWqrT55yjWRe81al4vuCtTdp0QYl2bWPH20COlKCI6GqAvb1X-UM0UtYLfUdbhEiEKnjrLiixfsYhOHJ1IUJA/s1600-h/DSCN0619.JPG">
( KILA--HEHE)--kredit to sape ntah y amik gambar---perasan sume spek y dipakai oleh kami adalag SAMA !! hahahhaha
info-kebaikan spek itam
KACA mata hitam selain berfungsi sebagai pelindung mata daripada panahan terik matahari, ia juga menjadi simbol fesyen yang wajib dimiliki.
Menurut Pakar Perunding Fesyen, Faizal Hamid, kaca mata hitam adalah alternatif kepada mereka yang mahukan barangan seperti beg tangan dan pakaian daripada jenama mewah tapi tidak mampu dimiliki disebabkan harga yang tinggi melampau.
"Sememangnya kasut, alat solek atau wangian berjenama masih lagi dalam lingkungan produk yang boleh dimiliki kebanyakan kita tetapi ia tidak mempunyai impak segera (instant impact) seperti yang boleh dilihat apabila anda memakai kaca mata hitam berjenama antarabangsa.
"Kaca mata hitam bukan hanya boleh memberi nafas baru kepada pakaian yang kita ada malahan ia adalah satu cara yang paling ekonomi untuk kita mengikut peredaran gaya ataupun tren terkini," katanya.
Katanya, pencinta fesyen menggunakan kaca mata bukan saja sebagai membuktikan mereka mendapat kelebihan daripada penggunaan barangan berkenaan tapi juga untuk menunjukkan impak daripada pemakaian kaca mata hitam itu.
Kini lebih banyak lagi jenama kaca mata hitam yang tidak begitu mahal ada di pasaran dibandingkan dengan kategori aksesori yang lain. Sememangnya kaca mata hitam punyai pelbagai pilihan rekaan dalam bentuk, saiz, hiasan dan perincian berbeza sesuai cita rasa semua individu," katanya.
Pembeli tidak lagi membeli kaca mata hitam semata-mata untuk melindungi mata dari pancaran UV kerana tarikan kaca mata hitam bersaiz besar menjadi kegilaan mencerminkan keperluan untuk penjagaan mata dalam gaya baru yang lebih hangat.
"Gaya paling terbaru dan popular adalah yang diinspirasikan daripada gaya kaca mata hitam ilham retro 50an. Bingkai plastik kembali dengan gaya kontemporari ilham mata kucing yang mengingatkan kita pada ikon filem barat seperti Marilyn Monroe," katanya.
Faizal mengingatkan pencinta fesyen supaya mendapatkan kaca mata hitam berjenama semasa ia masih dalam lingkungan harga yang berpatutan sebelum ia tersenarai di dalam kategori barangan mewah yang tidak mampu dimiliki suatu masa nanti.
"Jika anda tidak percaya lihat saja kaca mata hitam edisi terhad Bottega Veneta yang bingkainya diperbuat daripada tanduk semula jadi. Ia bahan yang paling eksklusif dan unik malah ada juga jenama terkenal yang menghiasi koleksi kaca mata hitam jenama mereka penuh dengan butiran berlian.
"Rekaan yang hebat ini bukan dijual dengan harga ratusan ringgit tapi sebaliknya ribuan malahan hingga mencecah puluhan ribu ringgit," katanya.
Memilih kaca mata hitam
Ramai tidak menyedari kacamata yang dijual di pasaran boleh dibezakan kegunaannya berdasarkan warna lensa, bentuk bingkai dan jenis cermin.
Menurut Pengurus Pemasaran City Chain Sdn Bhd, Chang Suling, seseorang yang berhasrat membeli cermin mata hitam perlu memastikan keperluannya sama ada untuk gaya, aktiviti luar atau dalam bangunan.
"Lensa berwarna gelap seperti hijau gelap, coklat dan kelabu antara pilihan paling popular sesuai aktiviti siang misalnya ketika pemanduan manakala lensa warna cerah khusus untuk waktu malam.
"Bagaimanapun, lensa dua tona kini menjadi pilihan ramai penggemar kaca mata hitam kerana ia boleh digunakan untuk aktiviti di sebelah malam atau siang hari," katanya.
Selain itu, turut diperkenalkan di pasaran adalah sejenis cermin mata hitam yang menggunakan cermin polarized. Kelebihan cermin berkenaan adalah ia mampu melaras kemasukan cahaya dan silau membuatkan pemandangan menjadi jelas.
"Cermin mata polarized sesuai dikenakan semasa memandu di waktu malam, ketika hujan atau apabila pandangan kabur disebabkan jalan berdebu.
"Ada juga jenis cermin mata hitam yang direka khusus untuk kecantikan. 'Mirror coating' adalah lensa yang memantul cahaya dan kebaikannya, pemilik boleh menyembunyikan mata daripada pandangan yang tidak diingini," katanya.
Namun, apa juga kegunaan dan keperluan cermin mata hitam berkenaan, Chang menasihatkan pembeli supaya membeli cermin mata yang mempunyai pelindung UV bagi melindungi mata daripada sinaran cahaya matahari secara terus.
INFO:
* Kaca mata hitam berbingkai kristal telus sinar antara rekaan bingkai yang tidak kurang hebat musim ini.
* Cermin mata hitam berbentuk aviator adalah belian yang terbaik kerana rekaannya tidak lapuk dek zaman.
* Ketika memilih cermin mata, pastikan bingkai di bahagian pipi tidak menyentuh kulit untuk mengurangkan tekanan di bahagian hidung.
* Individu bertudung dinasihatkan memilih tangkai cermin mata yang lurus bagi memudahkan pemakaian.
* Elakkan membeli cermin mata hitam di negara Eropah kerana rekaan bingkai khusus untuk fizikal wajah mereka dibuat melengkung manakala wajah Asia sesuai bingkai potongan lurus.
----------aku bukan pengguna spek itam------------------------
tapi aku buat tintet spek aku sebab protek mata aku dari cahaya matahari..ahaks!